Pada 16hb Julai 2010,Jumaat telah diadakan undian tapak untuk bazaar ramadhan Medan Gopeng,Ipoh yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Ipoh bertempat di dewan kuliah DBI pada jam 9.00 pagi.
Taklimat pada pagi itu telah disampaikan oleh En Sazali yang mana menitik beratkan perlunya mengamalkan kebersihan dan sikap ramah tamah terhadap pelanggan,ini kerana medan gopeng ini telah di wartakan sebagai bazaar ramadhan paling popular di sekitar Ipoh selain Stadium Indera Mulia.
Dikatakan paling popular dan paling sibuk dengan kesesakan jalanraya serta pengunjung terdiri dari luar ipoh.
Tahun lepas-lepas aku niaga lauk dan sedikit pulut kuning.Lauk aku terdiri dari rendang ayam,rendang daging,ayam masak merah,paru goreng berempah,udang rendang,ikan masin goreng berlada,daging masak kicap,sambal kentang,sambal tempe,ayam masak kicap,sambal kerang,sambal sotong,sambal udang petai dan sambal ikan bilis petai.Pelanggan aku beli lauk aku sebab nak buat berbuka serta bersahur tahan lama kata mereka,semuanya berasaskan cili takde santan yang menyebabkan basi kata merekalah...
Seperti pengalaman aku pada bazaar ramadhan yang lepas-lepas,ada le temuramah seorang pelanggan ni yang berasal dari Tanjung Malim,seorang lagi dari Ulu Kinta dan yang istimewanya cikgu aku yang mengajar kat sekolah Syeikh Abdul Ghani,Bidor.Menurut cikgu Hassan dia nak hantar anaknya kat UTP Tronoh dan seorang lagi cikgu Hassan juga saja singgah hujung minggu jalan-jalan, mereka nak buat bekal anak nak bersahur dan berbuka.
Tahun ni aku nak tukar menu kepada yang baru sebab menu lama tu beban sikit dengan modal yang besar selain masa yang diperuntukan itu untuk menyediakan perlu dari pagi ke tengahari tak habis-habis.Dah penat masak lepas itu nak ke tempat niaga lagi punggah barang,susun dan layan pelanggan....dapat pulak tak seberapa pulang modal saja...alhamdulillah dari tak laku langsung kan?
Kali ni nak berniaga boleh masak mengikut keperluan,habis masak,masak kat tempat niaga sambil itu jual produk yang boleh pelanggan terima.
Pejam celik,pejam celik dah 7 tahun aku berniaga kat Bazaar Ramadhan Medan Gopeng Ipoh ni..selagi ada kedrat tulang empat kerat ni dan cari rezeki anak yang semakin membesar dalam dunia yang penuh mencabar ni,selagi itulah berniaga,kata kawan -kawan niaga aku kalau tak gerak tak makan.....
1 comment:
aku suka entry yeop yang ni...selalu asyik gambo aje...well done yeop...keep it up bro'...
Post a Comment