Sunday, July 25, 2010
tempahan katering nasi lemak dan pulut ayam
Pada 24/07/2010,kami telah melaksanakan tempahan 50 bungkus nasi lemak lauk ayam goreng SPICY untuk pelajar sek Eve Maria,Ipoh. Pada pukul 6.00 pagi tempahan telah siap dan diserahkan kepada guru sekolah terbabit.
Katering seperti ini banyak juga aku dapat,ada yang nak 20 bungkus,ada yang 30 atau 70 bungkus ke.Keseronokan berkatering ni bukan ape,tapi kalau kita dapat siapkan tepat pada masanya,masa itulah kita dapat tengok riak muka pelanggan yang ceria,seronok sangat macam ada satu kepuasan terpancar di muka mereka,aku pulak dapat melaksanakan hajat mereka dan dapat habuan yang dijanjikan.
Tetapi yang meletihkan apabila aku dan isteriku terpaksa berniaga pada sebelah petang pula nak mencari stok pada sebelah pagi dan masak pada sebelah tengaharinya,
penatnya susah nak diceritakan penat dan mengantok pulak tu,apapun digagahkan juga demi untuk keluarga tercinta.
Bukan setakat nasi lemak tapi pulut ayam atau daging.Pada 23/07/2010 hari jumaat pulak ada tempahan orang perseorangan nak 100 bungkus pulut ayam nak dihantar pukul 3.00 petang ke tadika SEDAS Desa Perwira,Ipoh.Kelam kabut juga dibuatnya pada masa yang sama masak untuk berniaga petang tu kena buat dua kerja pada masa yang sama,kesian kat isteri aku tu dia terpaksa berhempas pulas sebab pukul 1.15 petang tu aku pergi solat jumaat,tinggal dia seorang buat kerja dibantu anak.Alhamdulillah sempat juga hantar pada pukul 3.00 tu.Balik buat kerja untuk berniaga pasar malam macam itulah demi mencari rezeki untuk keluarga terutama pembelajaran anak-anak yang semakin membesar.Perancangan untuk menyediakan tempahan katering ni mestilah tepat dari segi kos,masa,jarak perjalanan dari rumah ketempat pelanggan,masa penyediaan bahan,tempoh memasak,pembungkusan,persembahan atau cara penyediaan bagi menarik pelanggan untuk kembali membuat tempahan dan banyak faktor lain yang perlu diambil kira.Memang bukan senang membuat katering ni tanpa mempunyai minat yang mendalam,macam aku ada pengalaman dalam bidang katering ni masa aku bekerja di restoran KFC Prai Penang,tempahan dibuat boleh dikatakan hari-hari tak kira waktu ada yang nak sejam dari waktu yang ditempah dan ada juga sekejap itu,bukan satu malah ada harinya sampai 3 tempahan katering sekali gus dalam jumlah yang banyak,bayangkan sampai pekerja yang cuti terpaksa membatalkan cuti mereka,itulah pengalaman aku masa bekerja memang seronok kalau difikirkan kembali....
Sekarang aku mempunyai perniagaan aku sendiri dan bekerja sendiri,bukan sendiri tapi dengan isteri akulah sama-sama membangunkan perniagaan ini,cita-cita kami untuk mempunyai sebuah syarikat katerer yang terkenal di Ipoh ni Insyaallah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment