Pada hari Sabtu 13 hb november 2010 kami telah menyiapkan tempahan katering pulut kuning rendang daging untuk Puan Aziah guru besar Tadika Addin sempena Hari Graduasi untuk pelajar tadika Addin yang telah diadakan di Dewan Besar Seruan Islam Jalan Seruan berhampiran hotel Cassuarina Ipoh.
Untuk menyediakan pulut kuning dan rendang daging ini kami telah bekerja sejak dari hari Jumaat malam dari pukul 10.00 malam hingga 9.00 pagi Sabtu,ini kerana tempahan perlu dihantar ke lokasi pada pukul 10.00 pagi Sabtu 13hb november 2010 di Dewan Besar Seruan Islam.
Alhamdulillah,semuanya berjalan lancar tempahan dapat dihantar tepat pada masanya.
No comments:
Post a Comment