Saturday, July 17, 2010
musim durian telah tiba
Buah durian atau di sebut sebagai raja buah,struktur yang berduri dipermukaan kulitnya yang menyebabkan gelaran itu diberi..DURI+AN=durian...
entahlah banyak yang boleh dihasilkan dalam bentuk makanan oleh buah durian ni seperti pengat durian,nasi atau pulut durian,tempoyak,dodol atau lempok,aiskerim banyak juga....
tapi aku nk cerita pasak pengalaman pertama aku makan nasi durian atau nasi doyan,iyelah isteri aku ni mak ayah dia dari bota,parit,padang tenggala alah macam yang ada lirik lagu os deghyoyan ndah bebunge tu,anak dara bote,teman jumpe di padang tenggala...
mula2 diberi briefing dulu pasal nasi durian ni;pergi ke pasar malam tempat yang banyak dijual buah ni,beli le dalam selonggok selalu dikira dalam 4 ke 5 biji buah cantik,elok lebih kurang rm15.lepas tu beli kelapa parut dan beras pulut....
sampai dirumah buah durian di kopek dengan parang,terkial-kial juga nk buka pada mula2nya
siap kena perli lagi macam orang tak ada kebun durian kekok aje maklum le masa aku kecik2 dulu abah aku beli aje memang takde dusun ke kebun pun lagi le,masa kopek pun abah aku yang buat aku tengok aje.
beras pulut tadi ditanak macam tanak nasi,tapi mana nasinya? tak pe buat kerja lain dulu
perah kelapa,guna air masak ini aku selalu tolong mak aku dulu kira senang jugak.sesudah santan dihasilkan letak secubit garam sebagai perasa.
pulut pun dah masak angkat dihidangkan,santan diletakkan atas meja bersebelahan isi durian,
mana nasi?nanti karang baru aku tanyalah..kedua mak mertua aku pun dah duduk dikerusi.aku dan isteri aku.
dimulai oleh ayah mertua,lepas tu mak mertua pulak dan isteri aku,aku.....terlopong kejap.
aku tengok mereka meloceh(ramas dan gaul)isi durian bersama santan penuh pinggan masing2,biar betul...biji diasingkan sudah pekat santan dan isis durian tadi pulut pulak jadi sasaran...gaul punya gaul mereka pun...ngap(makan),nak je aku tanya mana nasi tapi ditegur isteri aku "apalagi tunggu buat lah" aku ikut langkah2 tadi, tak berpuashati soalan pun terkuluar juga "bila masa nak bubuh nasi ni?" apalagi jawapan mereka bagi ketawa berdekah2
terbahak2 "inilah nasi doyan,makan dengan pulut,makan macam makan nasi"
ohh baru aku tahu... itulah pengalaman pertama aku makan nasi doyan atau nasi durian dengan mertua dan isteri aku,tapi ayah mertua aku dah pun meninggal dia yang banyak mengajar aku bab durian ni.kalau aku balik kerumah mereka pasti tak lepas ajak aku makan nasi durian ...
sememangnya sedap tak payah nak buat pengat atau bubur durian...perghhhh.
Monday, July 12, 2010
menu dan harga untuk nasi lemak
menu dan harga untuk nasi lemak,pulut,kanji.,disertakan dengan no telefon untuk tempahan majlis doa selamat,sambutan hari jadi,rumah terbuka atau untuk yang berkenan untuk buat majlis yg sesuai.harga ni untuk sekitar ipoh aje kalau luar ipoh tu kena bawak chef keluar masak kat sana,ala2 chef wan gitu kihkihkih....tapi kalau nak buat majlis kenduri kahwin kene jemput master chef dari bidor iaitu mak aku puan norashikin atau lebih dikenali dengan nama kak kin,kedai nya kat sebelah gelanggang basket ball atau kat gerai sebelah dewan muhibbah,gerai no 3....nama warung seri chandan.mak aku ni terer masak makanan tradisi pengalaman lama dalam bidang masakan sejak bujang lagi..balik pada menu tadi... kalau nak cari aku, kat bawah tu ada no telefon ,senang2 singgah kat mana aku niaga tapi telefon dulu...baru jumpa...
Subscribe to:
Posts (Atom)