Thursday, November 18, 2010

nasi lemak sri chandan: sambal udang petai sri chandan

nasi lemak sri chandan: sambal udang petai sri chandan

sambal udang petai sri chandan


bahan-bahan
15 ekor udang minyak
(dibuang kepala)
100 gram cili kering
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
(dikisar halus)
100 gram petai
satu sudu makan sos cili
gula dan garam secukup rasa
cara memasak:
panaskan minyak,masukkan bahan yang telah dikisar sehingga garing atau naik bau wangi,
masukkan gula,masukkan satu sudu makan sos cili,sedikit air.
masukkan udang yang telah dibersihkan,masak jangan terlalu lama nanti hilang rasa manis udang.
masukkan petai dan hidangkan....

#links

#links

ayam masak merah rose sri chandan


bahan-bahan
seekor ayam dipotong sembilan
(di goreng sederhana garing)
300 gram cili kering
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1cm halia
1cm lengkuas
(dikisar halus)
sebatang serai(dititik)
sebiji tomato dipotong dadu
sekuntum bunga lawang
sebatang kulit kayu manis
sebiji bawang dipotong bulat
tiga sudu makan sos cili
garam dan gula secukup rasa
cara memasak:
panaskan minyak,masukkan bunga lawang,kulit kayu manis,serai dan bahan-bahan yang telah dikisar tadi sehingga garing atau naik bau wangi...
masukkan gula,tiga sudu makan sos cili dan air untuk kuah.
masukkan ayam dan tomato,garam secukup rasa dan bawang yang telah dipotong bulat.
hidangkan...

Monday, November 15, 2010

nasi lemak sri chandan: tempahan pulut kuning rendang daging

nasi lemak sri chandan: tempahan pulut kuning rendang daging: "Pada hari Sabtu 13 hb november 2010 kami telah menyiapkan tempahan katering pulut kuning rendang daging untuk Puan Aziah gur..."

tempahan pulut kuning rendang daging
















Pada hari Sabtu 13 hb november 2010 kami telah menyiapkan tempahan katering pulut kuning rendang daging untuk Puan Aziah guru besar Tadika Addin sempena Hari Graduasi untuk pelajar tadika Addin yang telah diadakan di Dewan Besar Seruan Islam Jalan Seruan berhampiran hotel Cassuarina Ipoh.
Untuk menyediakan pulut kuning dan rendang daging ini kami telah bekerja sejak dari hari Jumaat malam dari pukul 10.00 malam hingga 9.00 pagi Sabtu,ini kerana tempahan perlu dihantar ke lokasi pada pukul 10.00 pagi Sabtu 13hb november 2010 di Dewan Besar Seruan Islam.
Alhamdulillah,semuanya berjalan lancar tempahan dapat dihantar tepat pada masanya.

kot ler dapat sponsor...