Saturday, February 19, 2011

majlis pertunangan adik Nurul dan Isma @ Rumah Awam 3,Bidor







Pada 05hb Februari 2011 telah diadakan majlis pertunangan Nurul dan Isma di X194 Rumah Awam 3 Bidor,Perak
Syukur kehadrat Illahi kerana majlis telah berlangsung dengan selamat








Tepat jam 1.30 tengahari rombongan pihak lelaki telah sampai.

Setelah dibincang dan dipersetujui kedua-dua pihak mengambil keputusan bahawa tempoh bertunang adalah selama setahun.
Maka bertukarlah tepak sireh tanda persetujuan dua pihak...Syukur.




Antara tetamu yang hadir,terdiri dari sahabat handai serta jiran tetangga.

Rombongan dari pihak lelaki (Isma) menuju ke rumah, kelihatan mereka sedang membawa hantaran .Cuaca panas tapi hajat perlu di teruskan.


Rakan taulan ayah saya En Jalil, kebetulan sampai bersama rombongan pihak lelaki.




Antara hidangan, kelihatan gulai nangka,ikan goreng,ikan masin goreng dan kari daging.

makanan telah disediakan oleh emak saya.

kami juga mengambil tempahan katering untuk pelbagai majlis keperluan anda seperti bertunang,tahlil,berendoi serta kenduri kahwin.



Para tetamu sedang menjamu selera.

Disertakan ulam seperti petai,daun salad ungu,ulam silom dan kacang botor.Tidak ketinggalan sambal belacan.

kot ler dapat sponsor...