Sunday, October 31, 2010



Dah lama tidak menulis dalam blog ni...tengah selak-selak gambar dalam fail tiba-tiba terlihat ada satu klip video ni,masa ni tengah sibuk bungkus bubur nasi,sebelum ni pakai paket plastik bertali tapi sekarang dah pakai bekas plastik jernih bulat.Atas permintaan pelanggan kami yang bekerja di pejabat,balik rumah buka terus suap bagi anak makan kanji... mudah,tak perlu nak tukar bekas.


Sekarang ini kebanyakan orang nak cepat dan pantas maklumlah dah penat bekerja seharian,balik rumah kerja rumah pula menanti macam itulah setiap hari bagi yang bekerja dipejabat atau kilang.


Video klip ini memaparkan pekerjaan yang berlaku di pasar malam,salah satu kerja yang perlu di lakukan di belakang van.Packing kanji dalam bekas plastik untuk pamerkan dan dijual bila pelanggan datang ambil dan bayar,satu cara untuk memendekkan masa menunggu.Pelanggan mahu yang cepat dan pantas.

No comments:

kot ler dapat sponsor...