Tuesday, December 28, 2010

nasi lemak sri chandan: majlis perkahwinan Asmaul dan Azura

nasi lemak sri chandan: majlis perkahwinan Asmaul dan Azura: "Pada 26hb Disember hari kedua majlis pesandingan telah diadakan ditepian Tasek Permaisuri,Kuala Lumpur tempat yang indah untuk majlis yang b..."

Monday, December 27, 2010

majlis perkahwinan Asmaul dan Azura

Pada 26hb Disember hari kedua majlis pesandingan telah diadakan ditepian Tasek Permaisuri,Kuala Lumpur tempat yang indah untuk majlis yang bersejarah.


ketibaan pengantin bersama keluarga pengantin perempuan berarak menuju pelamin
ayahanda dan nenda tersenyum lebar menyambut ketibaan pengantin
bersanding diatas pelamin
pengapit setia mengipas pengantin

acara menepung tawar disusuli restu dari sanak saudara


menjamu selera dilayan seperti Raja


khemah yang cantik ditepian Tasek Permaisuri
Kuala Lumpur




nasi lemak sri chandan: majlis perkahwinan Asmaul dan Azura

nasi lemak sri chandan: majlis perkahwinan Asmaul dan Azura: "Pada 25hb Disember 2010 telah berlansungnya majlis pernikahan dan persandingan pasangan Asmaul dan Azura di rumah pengantin perempuan di Ped..."

majlis perkahwinan Asmaul dan Azura

Pada 25hb Disember 2010 telah berlansungnya majlis pernikahan dan persandingan pasangan Asmaul dan Azura di rumah pengantin perempuan di Pedas,Negeri Sembilan.Tahniah buat kedua pasangan mempelai kami doakan semuga bahagia sepanjang hayat.
makan beradab dan penuh beradat

bagai pinang dibelah dua sama cantik sama padan



diarak seperti Raja...atau lebih dikenali sebagai Raja Sehari



aku terima nikahnya....
sekali lafaz.

Friday, December 24, 2010

nasi lemak sri chandan: santai dan makan di waktu petang hujan lebat.....

nasi lemak sri chandan: santai dan makan di waktu petang hujan lebat.....: "aneka rupa dan bentuk pasta yang digoreng sedap dimakan sementara tengah panas sesuai bersama kopi panas di waktu cuaca sejuk dika..."

santai dan makan di waktu petang hujan lebat.....

aneka rupa dan bentuk pasta yang digoreng

sedap dimakan sementara tengah panas


sesuai bersama kopi panas di waktu cuaca sejuk dikala hujan lebat diluar.

Wednesday, December 22, 2010

tokwan matarun: SEJARAH RINGKAS PEKAN BIDOR, PERAK

tokwan matarun: SEJARAH RINGKAS PEKAN BIDOR, PERAK: "Bidor adalah sebahagian dari pemerintahan Kerajaan Gangga Negara yang dipercayai menerima pengaruh Hinduism dan Budhhaism sekitar 900 tahun..."

Sunday, December 19, 2010

Arell Baby Shop: baju GAP pj's

Arell Baby Shop: baju GAP pj's: "price : rm 19.90size : - 12-18 months up to 6 years code : bg 01 price : rm 19.90size : - 12-18 months up to 6 years code : bg 02 ..."

Tuesday, December 14, 2010

tempahan pulut kuning rendang ayam dan bihun goreng...


pulut kuning rendang ayam perak telah ditempah oleh Encik Amir untuk majlis berkhatan untuk anaknya Zaidil dan adiknya




Begitu juga dengan bihun goreng untuk 80 hidangan dan dihidangkan secara buffet dalam tray chaffing full pan kesemua tempahan diambil pada pukul 3.00 petang oleh Encik Amir. Tempahan bihun goreng untuk Puan Linda bagi 50 hidangan telah siap dan diambil pada pukul 1.00 petang,untuk dihidangkan kepada saudara mara yang bertandang ke rumah.




Monday, December 6, 2010

Rm1.50 untuk nasi lemak biasa...



Nasi lemak biasa masih lagi RM1.50 walaupun ada sedikit kenaikan pada harga runcit bahan mentah yang naik 2 kali ganda, serta kenaikan harga minyak petrol.


Sunday, November 28, 2010

nasi lemak sri chandan: lagi tempahan pulut kuning rendang daging...

nasi lemak sri chandan: lagi tempahan pulut kuning rendang daging...: "Rendang daging didalam kuali sedang direndang pulut bertahtakan rendang daging lembu... pulut sedia untuk diletakkan rendang daging lem..."

lagi tempahan pulut kuning rendang daging...

Rendang daging didalam kuali sedang direndang

pulut bertahtakan rendang daging lembu...


pulut sedia untuk diletakkan rendang daging lembu..


Pada 26hb november 2010 yang lalu,Cikgu Puteri Salasiah telah menempah pulut rendang daging sempena majlis berkhatan anak lelakinya,pulut daging akan diedarkan dikalangan teman rapat serta jiran tetangga disekitar rumah.
Cikgu Puteri Salasiah sendiri mengambil dari rumah kami pada jam 10.00 pagi.
Terima kasih kami ucapkan kepada Cikgu Salasiah kerana menjadi pelanggan kami.

nasi lemak sri chandan: Digore...

nasi lemak sri chandan: Digore...: "Digoreng cara kampung....malay style....yummy sedap..."
Digoreng cara kampung....malay style....yummy
sedap dimakan semasa sarapan atau minum
petang dan juga makan malam....







nasi lemak sri chandan: banana split

nasi lemak sri chandan: banana split: "Hidangan yang ringkas untuk memujuk hati yang gundah gulana....cubalah,yang ini tanpa chocolate topping atau kacang badam tetapi orang ters..."

banana split


Hidangan yang ringkas untuk memujuk hati yang gundah gulana....cubalah,yang ini tanpa chocolate topping atau kacang badam tetapi orang tersayang pasti suka macam anak-anak...



Bila ada masa terluang bolehlah menyediakan desert yang ringkas ini,selalunya atas permintaan anak-anak.Hidangan yang ringkas dan menyelerakan sambil menikmati ais krim dan buah pisang memang sedap,tambahan waktu panas adakalanya waktu hujan!






Thursday, November 18, 2010

nasi lemak sri chandan: sambal udang petai sri chandan

nasi lemak sri chandan: sambal udang petai sri chandan

sambal udang petai sri chandan


bahan-bahan
15 ekor udang minyak
(dibuang kepala)
100 gram cili kering
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
(dikisar halus)
100 gram petai
satu sudu makan sos cili
gula dan garam secukup rasa
cara memasak:
panaskan minyak,masukkan bahan yang telah dikisar sehingga garing atau naik bau wangi,
masukkan gula,masukkan satu sudu makan sos cili,sedikit air.
masukkan udang yang telah dibersihkan,masak jangan terlalu lama nanti hilang rasa manis udang.
masukkan petai dan hidangkan....

#links

#links

ayam masak merah rose sri chandan


bahan-bahan
seekor ayam dipotong sembilan
(di goreng sederhana garing)
300 gram cili kering
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1cm halia
1cm lengkuas
(dikisar halus)
sebatang serai(dititik)
sebiji tomato dipotong dadu
sekuntum bunga lawang
sebatang kulit kayu manis
sebiji bawang dipotong bulat
tiga sudu makan sos cili
garam dan gula secukup rasa
cara memasak:
panaskan minyak,masukkan bunga lawang,kulit kayu manis,serai dan bahan-bahan yang telah dikisar tadi sehingga garing atau naik bau wangi...
masukkan gula,tiga sudu makan sos cili dan air untuk kuah.
masukkan ayam dan tomato,garam secukup rasa dan bawang yang telah dipotong bulat.
hidangkan...

Monday, November 15, 2010

nasi lemak sri chandan: tempahan pulut kuning rendang daging

nasi lemak sri chandan: tempahan pulut kuning rendang daging: "Pada hari Sabtu 13 hb november 2010 kami telah menyiapkan tempahan katering pulut kuning rendang daging untuk Puan Aziah gur..."

tempahan pulut kuning rendang daging
















Pada hari Sabtu 13 hb november 2010 kami telah menyiapkan tempahan katering pulut kuning rendang daging untuk Puan Aziah guru besar Tadika Addin sempena Hari Graduasi untuk pelajar tadika Addin yang telah diadakan di Dewan Besar Seruan Islam Jalan Seruan berhampiran hotel Cassuarina Ipoh.
Untuk menyediakan pulut kuning dan rendang daging ini kami telah bekerja sejak dari hari Jumaat malam dari pukul 10.00 malam hingga 9.00 pagi Sabtu,ini kerana tempahan perlu dihantar ke lokasi pada pukul 10.00 pagi Sabtu 13hb november 2010 di Dewan Besar Seruan Islam.
Alhamdulillah,semuanya berjalan lancar tempahan dapat dihantar tepat pada masanya.

Sunday, October 31, 2010



Dah lama tidak menulis dalam blog ni...tengah selak-selak gambar dalam fail tiba-tiba terlihat ada satu klip video ni,masa ni tengah sibuk bungkus bubur nasi,sebelum ni pakai paket plastik bertali tapi sekarang dah pakai bekas plastik jernih bulat.Atas permintaan pelanggan kami yang bekerja di pejabat,balik rumah buka terus suap bagi anak makan kanji... mudah,tak perlu nak tukar bekas.


Sekarang ini kebanyakan orang nak cepat dan pantas maklumlah dah penat bekerja seharian,balik rumah kerja rumah pula menanti macam itulah setiap hari bagi yang bekerja dipejabat atau kilang.


Video klip ini memaparkan pekerjaan yang berlaku di pasar malam,salah satu kerja yang perlu di lakukan di belakang van.Packing kanji dalam bekas plastik untuk pamerkan dan dijual bila pelanggan datang ambil dan bayar,satu cara untuk memendekkan masa menunggu.Pelanggan mahu yang cepat dan pantas.

Sunday, August 1, 2010







Pada 16hb Julai 2010,Jumaat telah diadakan undian tapak untuk bazaar ramadhan Medan Gopeng,Ipoh yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Ipoh bertempat di dewan kuliah DBI pada jam 9.00 pagi.
Taklimat pada pagi itu telah disampaikan oleh En Sazali yang mana menitik beratkan perlunya mengamalkan kebersihan dan sikap ramah tamah terhadap pelanggan,ini kerana medan gopeng ini telah di wartakan sebagai bazaar ramadhan paling popular di sekitar Ipoh selain Stadium Indera Mulia.
Dikatakan paling popular dan paling sibuk dengan kesesakan jalanraya serta pengunjung terdiri dari luar ipoh.
Tahun lepas-lepas aku niaga lauk dan sedikit pulut kuning.Lauk aku terdiri dari rendang ayam,rendang daging,ayam masak merah,paru goreng berempah,udang rendang,ikan masin goreng berlada,daging masak kicap,sambal kentang,sambal tempe,ayam masak kicap,sambal kerang,sambal sotong,sambal udang petai dan sambal ikan bilis petai.Pelanggan aku beli lauk aku sebab nak buat berbuka serta bersahur tahan lama kata mereka,semuanya berasaskan cili takde santan yang menyebabkan basi kata merekalah...
Seperti pengalaman aku pada bazaar ramadhan yang lepas-lepas,ada le temuramah seorang pelanggan ni yang berasal dari Tanjung Malim,seorang lagi dari Ulu Kinta dan yang istimewanya cikgu aku yang mengajar kat sekolah Syeikh Abdul Ghani,Bidor.Menurut cikgu Hassan dia nak hantar anaknya kat UTP Tronoh dan seorang lagi cikgu Hassan juga saja singgah hujung minggu jalan-jalan, mereka nak buat bekal anak nak bersahur dan berbuka.
Tahun ni aku nak tukar menu kepada yang baru sebab menu lama tu beban sikit dengan modal yang besar selain masa yang diperuntukan itu untuk menyediakan perlu dari pagi ke tengahari tak habis-habis.Dah penat masak lepas itu nak ke tempat niaga lagi punggah barang,susun dan layan pelanggan....dapat pulak tak seberapa pulang modal saja...alhamdulillah dari tak laku langsung kan?
Kali ni nak berniaga boleh masak mengikut keperluan,habis masak,masak kat tempat niaga sambil itu jual produk yang boleh pelanggan terima.
Pejam celik,pejam celik dah 7 tahun aku berniaga kat Bazaar Ramadhan Medan Gopeng Ipoh ni..selagi ada kedrat tulang empat kerat ni dan cari rezeki anak yang semakin membesar dalam dunia yang penuh mencabar ni,selagi itulah berniaga,kata kawan -kawan niaga aku kalau tak gerak tak makan.....

Sunday, July 25, 2010

nasi lemak sri chandan: tempahan katering nasi lemak dan pulut ayam

nasi lemak sri chandan: tempahan katering nasi lemak dan pulut ayam

tempahan katering nasi lemak dan pulut ayam





Pada 24/07/2010,kami telah melaksanakan tempahan 50 bungkus nasi lemak lauk ayam goreng SPICY untuk pelajar sek Eve Maria,Ipoh. Pada pukul 6.00 pagi tempahan telah siap dan diserahkan kepada guru sekolah terbabit.
Katering seperti ini banyak juga aku dapat,ada yang nak 20 bungkus,ada yang 30 atau 70 bungkus ke.Keseronokan berkatering ni bukan ape,tapi kalau kita dapat siapkan tepat pada masanya,masa itulah kita dapat tengok riak muka pelanggan yang ceria,seronok sangat macam ada satu kepuasan terpancar di muka mereka,aku pulak dapat melaksanakan hajat mereka dan dapat habuan yang dijanjikan.
Tetapi yang meletihkan apabila aku dan isteriku terpaksa berniaga pada sebelah petang pula nak mencari stok pada sebelah pagi dan masak pada sebelah tengaharinya,
penatnya susah nak diceritakan penat dan mengantok pulak tu,apapun digagahkan juga demi untuk keluarga tercinta.
Bukan setakat nasi lemak tapi pulut ayam atau daging.Pada 23/07/2010 hari jumaat pulak ada tempahan orang perseorangan nak 100 bungkus pulut ayam nak dihantar pukul 3.00 petang ke tadika SEDAS Desa Perwira,Ipoh.Kelam kabut juga dibuatnya pada masa yang sama masak untuk berniaga petang tu kena buat dua kerja pada masa yang sama,kesian kat isteri aku tu dia terpaksa berhempas pulas sebab pukul 1.15 petang tu aku pergi solat jumaat,tinggal dia seorang buat kerja dibantu anak.Alhamdulillah sempat juga hantar pada pukul 3.00 tu.Balik buat kerja untuk berniaga pasar malam macam itulah demi mencari rezeki untuk keluarga terutama pembelajaran anak-anak yang semakin membesar.Perancangan untuk menyediakan tempahan katering ni mestilah tepat dari segi kos,masa,jarak perjalanan dari rumah ketempat pelanggan,masa penyediaan bahan,tempoh memasak,pembungkusan,persembahan atau cara penyediaan bagi menarik pelanggan untuk kembali membuat tempahan dan banyak faktor lain yang perlu diambil kira.Memang bukan senang membuat katering ni tanpa mempunyai minat yang mendalam,macam aku ada pengalaman dalam bidang katering ni masa aku bekerja di restoran KFC Prai Penang,tempahan dibuat boleh dikatakan hari-hari tak kira waktu ada yang nak sejam dari waktu yang ditempah dan ada juga sekejap itu,bukan satu malah ada harinya sampai 3 tempahan katering sekali gus dalam jumlah yang banyak,bayangkan sampai pekerja yang cuti terpaksa membatalkan cuti mereka,itulah pengalaman aku masa bekerja memang seronok kalau difikirkan kembali....
Sekarang aku mempunyai perniagaan aku sendiri dan bekerja sendiri,bukan sendiri tapi dengan isteri akulah sama-sama membangunkan perniagaan ini,cita-cita kami untuk mempunyai sebuah syarikat katerer yang terkenal di Ipoh ni Insyaallah...

Saturday, July 17, 2010

musim durian telah tiba


Buah durian atau di sebut sebagai raja buah,struktur yang berduri dipermukaan kulitnya yang menyebabkan gelaran itu diberi..DURI+AN=durian...

entahlah banyak yang boleh dihasilkan dalam bentuk makanan oleh buah durian ni seperti pengat durian,nasi atau pulut durian,tempoyak,dodol atau lempok,aiskerim banyak juga....
tapi aku nk cerita pasak pengalaman pertama aku makan nasi durian atau nasi doyan,iyelah isteri aku ni mak ayah dia dari bota,parit,padang tenggala alah macam yang ada lirik lagu os deghyoyan ndah bebunge tu,anak dara bote,teman jumpe di padang tenggala...
mula2 diberi briefing dulu pasal nasi durian ni;pergi ke pasar malam tempat yang banyak dijual buah ni,beli le dalam selonggok selalu dikira dalam 4 ke 5 biji buah cantik,elok lebih kurang rm15.lepas tu beli kelapa parut dan beras pulut....

sampai dirumah buah durian di kopek dengan parang,terkial-kial juga nk buka pada mula2nya
siap kena perli lagi macam orang tak ada kebun durian kekok aje maklum le masa aku kecik2 dulu abah aku beli aje memang takde dusun ke kebun pun lagi le,masa kopek pun abah aku yang buat aku tengok aje.

beras pulut tadi ditanak macam tanak nasi,tapi mana nasinya? tak pe buat kerja lain dulu
perah kelapa,guna air masak ini aku selalu tolong mak aku dulu kira senang jugak.sesudah santan dihasilkan letak secubit garam sebagai perasa.

pulut pun dah masak angkat dihidangkan,santan diletakkan atas meja bersebelahan isi durian,
mana nasi?nanti karang baru aku tanyalah..kedua mak mertua aku pun dah duduk dikerusi.aku dan isteri aku.

dimulai oleh ayah mertua,lepas tu mak mertua pulak dan isteri aku,aku.....terlopong kejap.
aku tengok mereka meloceh(ramas dan gaul)isi durian bersama santan penuh pinggan masing2,biar betul...biji diasingkan sudah pekat santan dan isis durian tadi pulut pulak jadi sasaran...gaul punya gaul mereka pun...ngap(makan),nak je aku tanya mana nasi tapi ditegur isteri aku "apalagi tunggu buat lah" aku ikut langkah2 tadi, tak berpuashati soalan pun terkuluar juga "bila masa nak bubuh nasi ni?" apalagi jawapan mereka bagi ketawa berdekah2
terbahak2 "inilah nasi doyan,makan dengan pulut,makan macam makan nasi"

ohh baru aku tahu... itulah pengalaman pertama aku makan nasi doyan atau nasi durian dengan mertua dan isteri aku,tapi ayah mertua aku dah pun meninggal dia yang banyak mengajar aku bab durian ni.kalau aku balik kerumah mereka pasti tak lepas ajak aku makan nasi durian ...
sememangnya sedap tak payah nak buat pengat atau bubur durian...perghhhh.

Monday, July 12, 2010

menu dan harga untuk nasi lemak




menu dan harga untuk nasi lemak,pulut,kanji.,disertakan dengan no telefon untuk tempahan majlis doa selamat,sambutan hari jadi,rumah terbuka atau untuk yang berkenan untuk buat majlis yg sesuai.harga ni untuk sekitar ipoh aje kalau luar ipoh tu kena bawak chef keluar masak kat sana,ala2 chef wan gitu kihkihkih....tapi kalau nak buat majlis kenduri kahwin kene jemput master chef dari bidor iaitu mak aku puan norashikin atau lebih dikenali dengan nama kak kin,kedai nya kat sebelah gelanggang basket ball atau kat gerai sebelah dewan muhibbah,gerai no 3....nama warung seri chandan.mak aku ni terer masak makanan tradisi pengalaman lama dalam bidang masakan sejak bujang lagi..balik pada menu tadi... kalau nak cari aku, kat bawah tu ada no telefon ,senang2 singgah kat mana aku niaga tapi telefon dulu...baru jumpa...

Friday, July 9, 2010

nasi tomato dan nasi bukhari



nasi tomato dan nasi bukhari...mase nak plan nak jual ni kat pasar malam seri iskandar terpaksa perah otak pikir nyer tapi desperate punyer pasal jadi gak sebab selang sebuah gerai kami ade jual nasi lemak baru masuk plak tu...nak bersaing cara sihat kena jual produk ni kalu tak..tenggelam ler dah ler nk pegi jauh plak tp kami tak bebaloi...konsep kami memang le nasi lemak berlauk tapi nk buat camner...ayam untuk nasi tomato kami adjust beso sikit..ayam untun nasi bukhari kami join venture ngan kawan sebelah jual ayam hot and spicy..kan dah matcing tu meh ler rase best punyer...tapi jual kat seri iskandar jer

kot ler dapat sponsor...