Wednesday, December 28, 2011

Akad Nikah

majlis akad nikah NURUL & ISMA









Majlis Perkahwinan

Walimatul Urus: NURUL dan ISMA  pada 17hb November 2011














Tuesday, December 13, 2011

Tempahan Pulut Kuning Rendang Daging Untuk Hari GraduasiTadika ADDIN

Pada 13hb November 2011,buat kali keduanya Tadika Addin yg beralamat di KOMPLEK ADDIN,KG MELAYU 31350 IPOH.
Bersempena dengan Hari Graduasi Tadika ADDIN.


Sebanyak 350 bungkus pulut kuning rendang daging telah siap dihantar.

Saturday, February 19, 2011

majlis pertunangan adik Nurul dan Isma @ Rumah Awam 3,Bidor







Pada 05hb Februari 2011 telah diadakan majlis pertunangan Nurul dan Isma di X194 Rumah Awam 3 Bidor,Perak
Syukur kehadrat Illahi kerana majlis telah berlangsung dengan selamat








Tepat jam 1.30 tengahari rombongan pihak lelaki telah sampai.

Setelah dibincang dan dipersetujui kedua-dua pihak mengambil keputusan bahawa tempoh bertunang adalah selama setahun.
Maka bertukarlah tepak sireh tanda persetujuan dua pihak...Syukur.




Antara tetamu yang hadir,terdiri dari sahabat handai serta jiran tetangga.

Rombongan dari pihak lelaki (Isma) menuju ke rumah, kelihatan mereka sedang membawa hantaran .Cuaca panas tapi hajat perlu di teruskan.


Rakan taulan ayah saya En Jalil, kebetulan sampai bersama rombongan pihak lelaki.




Antara hidangan, kelihatan gulai nangka,ikan goreng,ikan masin goreng dan kari daging.

makanan telah disediakan oleh emak saya.

kami juga mengambil tempahan katering untuk pelbagai majlis keperluan anda seperti bertunang,tahlil,berendoi serta kenduri kahwin.



Para tetamu sedang menjamu selera.

Disertakan ulam seperti petai,daun salad ungu,ulam silom dan kacang botor.Tidak ketinggalan sambal belacan.

Monday, February 7, 2011

nasi lemak sri chandan: NASI LEMAK BIASA:RM1.50

nasi lemak sri chandan: NASI LEMAK BIASA:RM1.50: "nasi lemak biasa RM1.50 walaupun kenaikan harga bahan api,harga nasi lemak kami masih kekal pada harga lama iaitu RM1.50 dapatkan harga in..."

NASI LEMAK BIASA:RM1.50


nasi lemak biasa
RM1.50
walaupun kenaikan harga bahan api,harga nasi lemak kami masih kekal pada harga lama iaitu RM1.50
dapatkan harga ini di Pasar Malam sekitar Ipoh:
Seri Rapat hari Khamis
Pekan Razaki hari Jumaat
Taman Soon Choon hari Sabtu
juga ditempat yang lain:
Batu Gajah hari Selasa
Seri Iskandar,Bandar U hari Rabu
ini adalah sebagai ucapan terima kasih kepada pelanggan setia kami
kami akan tingkatkan perkhidmatan yang terbaik
" anda adalah no 1"

Friday, February 4, 2011

nasi lemak sri chandan: KUEH GOYANG

nasi lemak sri chandan: KUEH GOYANG: "inilah kisahnya kalau dah tak ada apa yang nak di buat kami cuba buat kuih goyang,nak dikatakan menyambut tahun baru tidak juga tapi nak cu..."

KUEH GOYANG


inilah kisahnya kalau dah tak ada apa yang nak di buat kami cuba buat kuih goyang,nak dikatakan menyambut tahun baru tidak juga tapi nak cuba kalau menjadi boleh juga di buat sebagai pendapatan tambahan
syukur menjadi juga inilah hasilnya,tak sia-sia mencuba tapi kena banyak sabar rupa-rupanya,cabaran pun banyak dari panas minyak dalam kuali sampai penghabisan,ada masanya tepung melekat diacuan tak mahu lekang,ada masanya cepat hangit sebab api tak boleh panas sangat...
banyak kena sabar.
sesiapa yang nak buat tempahan silakan 50 kuntum Rm15 ringgit caj penghataran untuk semenanjung poslaju Rm5.00.
MARI MARI SIAPA CEPAT DIA DAPAT.....

Sunday, January 9, 2011

nasi lemak sri chandan: pulut kuning untuk anak Puan Norlela

nasi lemak sri chandan: pulut kuning untuk anak Puan Norlela: "Pada 08hb Januari 2011 hari Jumaat Puan Norlela telah menerima pulut kuning rendang daging sebanyak 70 bungkus kesemuanya untuk dihadiahk..."

pulut kuning untuk anak Puan Norlela




Pada 08hb Januari 2011 hari Jumaat Puan Norlela telah menerima pulut kuning rendang daging sebanyak 70 bungkus kesemuanya untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan anaknya kerana anak Puan Norlela telah Khatam Muqaddam(IQRAQ).


Dengan ini kami berbesar hati menerima tempahan ini lagipun Puan Norlela adalah rakan perniagaan dan juga kawan lama kami,tempahan telah dihantar ke kedai beliau pada pukul 5.00 petang seperti yang dijanjikan.


Terima Kasih Daun Keladi

Ada Masa Tempahan Boleh disediakan Lagi....


kot ler dapat sponsor...